Tarikh
31 Ogos 1957,jam 12 malam menjelang hari yg disifatkan sebagai tarikh
keramat
bagi seluruh rakyat Malaysia,adalah
saat paling bersejarah.Ia menandakan berakhirnya dilemma zaman
penjajahan tentera British
terhadap negara kita, Malaysia
(sebelum ini Malaya). Tarikh keramat itu disambut dgn laungan dan
pekikan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
oleh seluruh rakyat Malaysia, sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil drpd perjuangan gigih pejuang-pejuang
tanah air dlm menuntut kemerdekaan tanah melayu.
Di
hari yang bertuah itu,sejak dari senja lagi,beribu-ribu rakyat tlh
berkumpul di padang
Kelab Selangor dan kawasan
sekitarnya yang bergemelapan dgn cahaya lampu yg berwana-warni utk
menyertai upacara menurunkan
bendera Union Jack dan menaikkan
bendera Malaysia.
Sebaik sahaja jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad berdenting sebanyak 12 kali, teriakan
MERDEKA! Berkumandang di udara dan detik ini bermulalah sejarah baru tanah air yg merdeka.
Menjelangnya
tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan daripada pihak kerajaan dan
rakyat
untuk menyambut dan merayakan
kemerdekaan itu telah siap sedia diatur secara besar-besaran. Seluruh
negeri di Persukutuan
Tanah Melayu tlh dihiasi dengan
berbagai-bagai hiasan. Bangunan-bangunan,terutama bangunan
kerajaan,perniagaan,persekutuan-persekutuan
dan lain-lain tlh dihiasi dgn
bendera-bendera,lampu-lampu bergemelapan dgn membentuk huruf ‘MERDEKA'.
Perayaan menyambut kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan selama 11haru mulai dari
29 Ogos hingga 7september 1957 .
Susunan
aturcara rasmi perayaan merdeka itu dimulakan dgn upacara menyambut
keberangkatan
tiba yang Teramat Mulia Duke dan
Duchess of Glocester serta puteranya,Prince William.Pada hari Khamis,29
Ogos 1957,dua hari
sblm tarikh perayaan Kemerdekaan itu
disambut ,Duke Duchess ofGlocester serta puteranya tiba di lapangan
terbang Kuala Lumpur
.Dyke of Glocester,ialah bapa
saudara kepada Queen Elizabeth dan beliaulah yg menjadi Pegawai Peribadi
Baginda Queen did lm
perayaan merdeka dan utk tujuan
menyerahkan surat perlembagaan bagi menarik balik kuasa British menaungi
Negeri-Negeri Melayu
dan Kedaulatan Mahkota British ke
atas Pulau Pinang dan Melaka, kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu ,Tunlu Abdul
Rahman Putra Al-Haj,di dalam
istiadat Perisytiharaan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .
Pada
keesokan harinya, iatu hari hari Jumaat 30Ogos 1957, perayaan di Kuala
Lumpur terus
disambut dgn penuh meriah .Selain
drpd Majlis doa selamat dan kesyukuran di masjid-masjid ,turut menjadi
detik penting dlm
sejarah Negara ialah pembukaan rasmi
Stadium Merdeka.Selaindrpd menjadi gelanggang sukan Negara ia juga
dijadikan tempat perisytiharaan
kemerdekaan .Upacara pembukaan rasmi
Stadium Merdeka itu tlh diadakan pada jam 8:15 pagi dgn dilangsungkan
pertunjukan senaman
beramai-ramai murid-murid sekolah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar